Posts

Seterika Baju

Soalan : Ustaz, adakah pihak hotel menyediakan seterika baju? Jawapan : Kebiasaannya tidak. Jemaah ada pilihan berikut untuk menyeterika baju : 1) Bawa seterika sendiri. Boleh berkongsi dengan jemaah lain. Dapat pahala. 2) ‎Hantar baju ke kedai dobi untuk diseterika. Satu helai baju 4 riyal.

Cerek Air Panas Di Bilik Hotel

Soalan :  Adakah di hotel disediakan cerek air panas? Jawapan : Kebanyakan hotel tidak menyediakan cerek air panas di bilik kecuali hotel 5 bintang.  Jemaah masih boleh mendapatkan air panas di dewan makan. Khidmat ini boleh didapati di sana 24 jam sehari.

Makanan Untuk Pesakit Alergi

Soalan :  Ustaz, nak tanya, kalau jemaah ada alergi makanan tertentu, adakah pihak hotel boleh sediakan makanan khas? Jawapan :  1. Tiada makanan khas dapat pihak hotel sediakan. Sekiranya memerlukan makanan khas di dalam penerbangan, jemaah perlu memaklumkan kepada FM selewat-lewatnya 3 hari sebelum penerbangan, untuk FM minta kepada pihak airline. [Ust Mukram Faiz] 2. Kebiasaannya pihak Andalusia menyediakan pilihan ikan dan ayam. Atau  ikan dan daging. Ada jemaah komplen makanan laut dan darat tidak boleh bercampur, maklumkan bahawa sebenarnya itu adalah pilihan bagi mereka yang tidak boleh makan ikan, ada pilihan  ayam atau daging. Jika tidak makan daging, ada pilihan ikan.  Maklumkan kepada jemaah supaya berdoa sebanyak mungkin bagi memulihkan alergi dan mencuba makan dengan apa yang disediakan di Tanah Haram. Insya Allah berkat Tanah Haram, makan makanan alergi pun tiada kesan kepada badan. Jika tidak lalu makan pun, jangan kutuk makanan kerana Nabi tidak suka mengutuk

Menggunakan Penyokong Kaki (bergambar)

Image
Soalan Ustaz, ada jemaah tanya ana. Kalau situasi memakai penyokong kaki sebegini, adakah jemaah akan dikenakan dam apabila berihram? Beliau memakai alat sokongan di kaki kanan. OKU sejak berumur 2 tahun. Jawapan