Makanan Untuk Pesakit Alergi

Soalan
Ustaz, nak tanya, kalau jemaah ada alergi makanan tertentu, adakah pihak hotel boleh sediakan makanan khas?

Jawapan
1. Tiada makanan khas dapat pihak hotel sediakan. Sekiranya memerlukan makanan khas di dalam penerbangan, jemaah perlu memaklumkan kepada FM selewat-lewatnya 3 hari sebelum penerbangan, untuk FM minta kepada pihak airline. [Ust Mukram Faiz]

2. Kebiasaannya pihak Andalusia menyediakan pilihan ikan dan ayam. Atau  ikan dan daging. Ada jemaah komplen makanan laut dan darat tidak boleh bercampur, maklumkan bahawa sebenarnya itu adalah pilihan bagi mereka yang tidak boleh makan ikan, ada pilihan  ayam atau daging. Jika tidak makan daging, ada pilihan ikan. 

Maklumkan kepada jemaah supaya berdoa sebanyak mungkin bagi memulihkan alergi dan mencuba makan dengan apa yang disediakan di Tanah Haram. Insya Allah berkat Tanah Haram, makan makanan alergi pun tiada kesan kepada badan. Jika tidak lalu makan pun, jangan kutuk makanan kerana Nabi tidak suka mengutuk makanan. Berhati-hati kerana mulut badan binasa. [Ustaz Azhar Zubir al-Qodahi]

Comments

Popular posts from this blog

Cerek Air Panas Di Bilik Hotel